Asal-usul nama album Meteora

Nama album tersebut diambil daripada rumah ibadat yang terletak di kawasan berbatu-batan di pekan Meteora, Yunani. Selepas melawat rumah ibadat tersebut sepanjang konsert jelajah mereka di Eropah, kesemua ahli Linkin Park berasa teruja dengan kehebatan rumah ibadat tersebut yang menggambarkan kehebatan serta keutuhan, lalu mereka memutuskan untuk menggunakan nama Meteora untuk album kedua mereka ini.